Bernama.com
Am 27 Mac, 2009 19:28 PM
 
Kajian Pendapatan Dan Perbelanjaan Isi Rumah Mulai April


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia akan menjalankan kajian Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah secara bersepadu di seluruh negara mulai bulan depan.

Kenyataan jabatan itu Jumat berkata kajian akan dijalankan selama setahun bermula April dan akan berakhir Mac tahun depan.

Sebanyak 50,900 isi rumah dipilih secara rawak dengan 26,000 daripadanya untuk penyiasatan pendapatan isi rumah sahaja manakala selebihnya bagi kedua-dua topik berkenaan.

Sehubungan dengan itu, semua isi rumah yang terpilih diminta memberi maklumat yang diperlukan setepat mungkin, kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata semua maklumat yang diperoleh adalah untuk menilai pencapaian Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010 dan perancangan lain di peringkat nasional dan wilayah.

Selain itu, ia juga diharap dapat menjadi asas bagi menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang akan dimasukkan dalam pengiraan Indeks Harga Pengguna Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai penyiasatan itu boleh didapati dengan menghubungi jabatan di talian 03-8857719, kata kenyatan itu.



-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels