Bernama.com
Am 09 Februari, 2009 11:54 AM
 
Baitulmal Sarawak Lancar Permohonan Bantuan Melalui Internet


KUCHING, 9 Feb (Bernama) -- Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) memperluaskan kaedah permohonan bantuan dengan melancarkan "Permohonan Bantuan Online" dengan jaminan tempoh proses permohonan dan pemberian bantuan kepada yang layak dalam masa dua minggu.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman bagaimanapun berkata permohonan melalui internet akan dibuat tapisan ketat bagi memastikan hanya golongan yang layak diberikan bantuan.

"Walaupun tidak semua kawasan di negeri memiliki kemudahan internet,saya berharap masyarakat prihatin yang mempunyai kemudahan berkenaan dapat membantu dengan memberi maklumat melalui online supaya lebih ramai golongan yang layak dapat menerima bantuan TBS," katanya pada majlis pelancaran kemudahan itu di sini hari ini.

Permohonan bantuan secara online boleh dibuat melalui laman web TBS di www.tbs.org.my atau www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my .

Daud yang juga Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Waqaf Sarawak berkata pada tahun lepas, TBS mengagihkan bantuan berjumlah RM17.8 juta kepada 18,539 penerima.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels