Bernama.com
Am 05 Februari, 2009 17:04 PM
 
Pegawai Pengurusan Tertinggi Kastam Naik Pangkat, Bertukar


KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Operasi) Datuk Mohamed Khalid Yusof dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) dengan memangku Gred Utama 'A', menurut satu kenyataan Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia hari ini.

Kenaikan pangkat turut melibatkan Pengarah Bahagian Perancangan Korporat Datuk Md Hassim Pardi yang kini memegang jawatan Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) dengan memangku Gred Utama 'B'.

Kenyataan itu juga memaklumkan pertukaran jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pencegahan) Datuk Mardina Alwi ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) dengan memegang gred sama iaitu Gred Utama 'B'.

Ketiga-tiga kenaikan pangkat dan pertukaran itu berkuatkuasa mulai 1 Feb.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels