Bernama.com
Am 02 Februari, 2009 21:15 PM
 
Timor Leste Buat Persiapan Menganggotai Asean


JAKARTA, 2 Feb (Bernama) -- Timor-Leste telah melancarkan Sekretariat Asean Nasionalnya sebagai langkah khas untuk menggiatkan persediaannya untuk menganggotai Asean.

Presiden Dr Jose Ramos-Horta mempengerusikan majlis pelancaran itu yang diadakan pada Khamis di Kementerian Hal Ehwal Luar di Dili, menurut kenyataan Sekretariat Asean di sini, Isnin.

Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmao, Presiden Parlimen Nasional Fernando Lasama de Araujo dan Menteri Luar Dr Zacarias Albano da Costa turut hadir pada majlis itu.

Horta pada ucapan beliau di majlis itu berkata beliau menerima jaminan sokongan bagi kemasukan Timor-Leste ke dalam Asean semasa lawatan beliau ke Thailand, Filipina dan Malaysia, menurut kenyataan itu.

Beliau berkata hubungan Timor-Leste dengan Asean berdasarkan pada tiga faktor -- geografi, hasrat rakyat dan dasar kerajaan yang jelas dan berharap dapat menyertai kumpulan rantau ini dalam tempoh yang secepat mungkin.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels