Bernama.com
Am 14 Julai, 2008 16:38 PM
 
Kemudahan Cuti Khas Menunaikan Haji Bagi Penjawat Awam Kerajaan


KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Kemudahan cuti khas menunaikan haji bagi pegawai perkhidmatan awam telah lama wujud dan masih berkuatkuasa sehingga hari ini, demikian menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Dalam satu kenyataan hari ini, JPA berkata kemudahan cuti haji iaitu cuti bergaji penuh kepada pengawai perkhidmatan awam telah berkuatkuasa dalam pekeliling perkhidmatan sejak 1984 lagi.

Tempoh itu ialah selama 40 hari dan diberikan sekali sepanjang perkhidmatan, menurut kenyataan itu.

Isnin lepas, seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional Razali Ibrahim (BN-Muar) mencadangkan kerajaan melaksanakan satu dasar yang memperuntukkan cuti khas kepada rakyat beragama Islam negara ini yang ingin mengerjakan haji, terutama untuk ibadat itu kali pertama.

-- BERNAMA


Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels