Bernama.com
Am 13 Jun, 2008 19:29 PM
 
Kerajaan Serah Bayaran Ex-Gratia Kepada Keluarga Eusoffe Abdoolcadeer


PETALING JAYA, 13 Jun (Bernama) -- Kerajaan hari ini menyampaikan bayaran ex-gratia kepada keluarga bekas Hakim Mahkamah Agung allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer.

Cek bagi bayaran yang jumlahnya tidak dinyatakan itu diserahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim kepada anak perempuan Eusoffe, Ong Say Yun, di rumah Zaid di sini.

Eusoffe adalah seorang daripada enam hakim yang dikenakan tindakan gantung tugas atau yang diberhentikan daripada perkhidmatan dalam krisis kehakiman pada 1998.

Zaid berkata bahawa bayaran itu bukan merupakan satu pampasan tetapi sebagai sagu hati daripada kerajaan.

Ong pula berkata beliau dan keluarga menghargai sumbangan kerajaan itu.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels