Bernama.com
Am 29 April, 2008 18:55 PM
 
Media Diminta Atasi Salah Faham Rakyat Terhadap Kerajaan


KUALA TERENGGANU, 29 April (Bernama) -- Media perlu memainkan peranan untuk melerai segala kekeliruan serta salah faham rakyat terhadap kerajaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Agama Negeri, Khazan Che Mat.

Beliau berkata ini berikutan rakyat menganggap kerajaan sekarang adalah lemah.

"Hari ini kerajaan yang diperintah oleh parti yang menang (selepas pilihan raya) telah diberikan gambaran sebagai kerajaan yang lemah. Oleh itu rakyat wajar diberikan gambaran yang betul dan media mempunyai peranan dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.

Khazan berkata agensi di bawah Kementerian Penerangan perlu menjadi pembekal maklumat yang berkesan kepada kerajaan.

"Kita tidak boleh tersilap langkah dalam bertindak hanya disebabkan kesilapan maklumat dan hal ini wajar diberikan perhatian oleh semua pihak berkaitan," katanya.

-- BERNAMA
Copyright 2017 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels