Bernama.com
Am 29 Oktober, 2007 21:22 PM
 
Giant Sumbang RM10,000 Kepada Kelab Kakitangan Bernama


KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pasaraya Giant hari ini menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada Kelab Kakitangan Bernama (KKB) untuk menjadi salah satu penaja utama Kembara Bernama 2007.

Kembara mencari harta karun yang dianjurkan dua tahun sekali oleh agensi berita itu akan diadakan Sabtu ini bermula ini dari Kuala Lumpur ke Kijal, Terengganu.

Ketua Pengarang Bernama Yong Soo Heong, yang juga Presiden KKB berkata acara kali ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada syarikat swasta dari segi penajaan serta juga sambutan yang hangat dari segi penyertaan.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan tersebut daripada Pegawai Perhubungan Korporat GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd Zamri Maulan di sini hari ini.

GHC Retail adalah syarikat yang mengendalikan pasaraya Giant yang kini mempunyai 86 cawangan dengan yang terbaru di Kuala Terengganu.

Selain pasaraya Giant, GCH Retail juga mengendalikan Pasaraya Cold Storage dan Guardian Pharmacy.

Acara mencari harta karun Bernama tahun ini disertai kira-kira 400 peserta termasuk kakitangan Bernama.

Ini adalah kali ke-15 acara itu diadakan sejak ia dimulakan pada tahun 1988 sebagai usaha KKB untuk mempromosikan pelancongan dalam negeri.

Penaja utama kali ini termasuk Public Bank, kerajaan negeri Terengganu, Tourism Malaysia, Petronas, CIMB Group, Redtone, CNI Enterprise Malaysia Sdn Bhd, Celcom, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan United Engineers Malaysia (UEM).

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels