Bernama.com
Ekonomi 01 Ogos, 2007 18:29 PM
 
Philips Lancar Model Seterika Wap Baru Utk Kukuhkan Kedudukan


PETALING JAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Pengeluar barangan elektrik, Philips (Malaysia) Sdn Bhd, merancang mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran dengan memperkenalkan produk baru secara berterusan seperti rangkaian seterika wapnya yang terkini, kata Pengurus Besar Perniagaan Pelanggannya, Eddie Ong.

Ong berkata beliau yakin bahawa 12 model seterika wap daripada lima rangkaian produk terbaiknya -- EasySpeed, PowerLife, EasyCare, Azur Ionic dan High-Pressurised -- akan popular di pasaran tempatan.

"Philips membelanjakan kira-kira lapan juta euro (RM37.871 juta) untuk penyelidikan mengenai rangkaian seterika wap baru setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas pelancaran model seterika wap baru itu, di sini.

Seterika wap terbaru akan menggantikan model sekarang yang akan dihentikan pengeluarannya tahun ini, kata Ong.

Beliau berkata walaupun seterika wap memiliki beberapa kelebihan berbanding seterika kering, Philips akan terus mempertahankan rangkaian seterika keringnya selagi ada permintaan.

Model wap seterika itu, berharga antara RM99 hingga RM1,599 sebuah, telahpun menerima reaksi menggalakkan di negara lain, kata Ong.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels