English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

September 22, 2013 19:12 PM

Umno Perlis Perkenal Bakal Calon Bahagian Dan Sayap Parti

KANGAR, 22 Sept (Bernama) -- Bakal-bakal calon yang menawarkan diri bertanding untuk pelbagai jawatan peringkat bahagian dan tiga sayap parti di Perlis diperkenalkan kepada perwakilan pada satu majlis di Dewan Warisan di sini Ahad.

Majlis anjuran Badan Perhubungan Umno Perlis itu dihadiri oleh sebahagian besar bakal calon yang akan bertanding pada pemilihan parti bulan depan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memperkenalkan setiap bakal calon bagi jawatan utama termasuk ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian di samping jawatan utama bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.

Antara yang hadir pada majlis memperkenalkan diri itu ialah Menteri Besar Perlis Azlan Man, anggota parlimen Kangar Ir Shaharuddin Ismail dan bekas Timbalan Ketua Umno bahagan Kangar Datuk Hashim Suboh yang menawarkan diri untuk jawatan Ketua Umno bahagian Kangar.

Shahidan yang akan mempertahankan jawatan Ketua Umno bahagian Arau turut mengumumkan nama bakal pencabarnya Jafperi Othman walaupun Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan dan Prasarana Awam, Kemajuan Luar Bandar, Kesihatan negeri itu tidak dapat hadir.

Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata langkah memperkenalkan bakal-bakal calon itu bagi membolehkan perwakilan mengenali mereka dengan lebih dekat.

Sebanyak 540 bakal calon menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan di peringkat bahagian dan sayap parti apabila pendaftaran calon pemilihan Umno ditutup pukul 5 petang semalam.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel