English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

April 26, 2013 21:13 PM

Masyarakat Siam Kelantan Sokong BN - Datuk Boon

TUMPAT, 26 April (Bernama) -- Masyarakat Siam Kelantan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) serta mahu Datuk Seri Najib Tun Razak terus kekal sebagai perdana menteri.

Anggota Dewan Negara, Senator Datuk Boon Som Inong yang mewakili 23,000 masyarakat Siam di Kelantan berkata meskipun kumpulan itu terdiri dari kaum minoriti namun BN tidak pernah meminggirkan mereka.

"Kerajaan BN sudah mengiktiraf masyarakat Siam sebagai bumiputera. Malah kami tetap menikmati keistimewaan sepertimana orang Melayu dan bumiputera lain perolehi," katanya selepas perjumpaan bersama masyarakat Siam di Wat Machimmaram di sini Jumaat.

Turut hadir calon BN bagi kawasan Parlimen Tumpat, Mansor Salleh dan calon BN Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar.

Mengulas mengenai pelancaran Akujanji BN Kelantan oleh Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Boon berkata ia jauh berbeza dengan manifesto PAS yang seolah-olah mengabaikan masyarakat Siam.

"Sepatah ayat pun dalam manifesto PAS tidak menyebut tentang kami (masyarakat Siam). Apa yang mereka perjuangkan hanya untuk kepentingan sendiri. Sebab itu mereka susah nak raih perhatian kami," katanya.

Akujanji BN Kelantan mengemukakan tujuh perkara termasuk menyelenggara rumah ibadat serta menyediakan tapak perkuburan Siam, Cina, India, Sikh, Kristian dan Orang Asli termasuk menjamin semua hak kaum minoriti terbela seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Boon berkata selain peruntukan pendidikan sebanyak RM200,000 setahun untuk sekolah Siam, kerajaan BN turut membina Menara Loceng Wat Machimmaram di sini yang bernilai RM200,000 disamping menyediakan gelanggang futsal bernilai RM100,000.

Beliau juga optimis 7,000 pengundi masyarakat Siam yang berdaftar akan memilih BN pada hari pengundian 5 Mei ini.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel