English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

March 18, 2013 16:15 PM

Mara Sasar Kutipan Hutang Antara RM550 Juta Hingga RM600 Juta Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 18 Mac (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan kutipan pembayaran balik antara RM550 juta hingga RM600 juta pada tahun ini berikutan peningkatan jumlah kutipan yang semakin memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sepanjang tahun lepas, Mara mengutip RM692 juta berbanding sasaran RM500 juta.

"Ini adalah peningkatan 40 peratus daripada sasaran dan kejayaan ini membuktikan usahawan Mara telah melakukan pelbagai perubahan seiring dengan matlamatnya untuk terus membantu usahawan di segenap lapisan masyarakat."

"Terlalu banyak perubahan positif di kalangan usahawan Melayu dan jumlah kutipan ini membuktikan mereka sedia berubah dari segi sikap demi masa depan yang lebih cemerlang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Imej Usahawan Penyewa di sini Isnin.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad dan usahawan yang menyewa di premis perniagaan milik Mara di seluruh Terengganu.

Mengenai transformasi Mara terhadap premis perniagaannya yang sudah berusia 30 tahun, Idris berkata RM167 juta akan diperuntukkan bagi kerja-kerja pembangunan semula dan menaik taraf bangunan bagi memberi imej yang lebih segar kepada premis berkenaan.

"Sehingga ini, Mara mempunyai 484 bangunan yang menyediakan 7,388 ruang niaga dan daripada jumlah itu, 50 peratus telah pun berusia lebih 30 tahun yang perlu diberi tumpuan untuk memastikan ia terus kekal relevan kepada sektor perniagaan."

"Pada tahun ini juga, Mara Terengganu memperuntukkan RM632,800 bagi kerja penyelenggaraan premis perniagaan Mara di seluruh negeri," katanya.

Usahawan Mara juga perlu menilai semula susun atur di premis perniagaan bagi memberi keselesaan kepada pelanggan dan untuk mewujudkan persaingan sihat di pasaran, katanya.



-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel