English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

December 26, 2012 18:49 PM

Jasa Pulau Pinang Anjur Program Kenang Khidmat Bakti Aktivis Masyarakat

KEPALA BATAS, 26 Dis (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Pulau Pinang pada Rabu menganjurkan program Kembara Prihatin 1Malaysia bagi mengenang sumbangan dan khidmat bakti beberapa aktivis masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga dekat sini.

Pengarahnya Ahmad Lutfi Ibrahim berkata program itu bertepatan dengan agenda kerajaan yang mahu semua jabatan dan agensi kerajaan turun padang mendekati rakyat dan mendengar masalah mereka.

"Ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa mendahulukan rakyat," katanya pada program anjuran jabatan itu dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Khidmat DUN Penaga.

Turut hadir isteri Adun Penaga Datuk Azhar Ibrahim, Datin Aisyah Mohd Yusuf.

Kerajaan pusat menerusi agensinya di Pulau Pinang sentiasa turun padang dan membantu meringankan beban mereka yang memerlukan, kata Ahmad Lutfi kepada pemberita.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel