English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

October 30, 2012 18:05 PM

Taman Tema Keluarga Puteri Harbour Dibuka

JOHOR BAHARU, 30 Okt (Bernama) -- Puteri Harbour Family Theme Park di Nusajaya berharga RM10 juta, yang meliputi Sanrio Hello Kitty Town yang pertama di luar Jepun, membuka pintunya kepada pengunjung.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd (TAR) Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin, berkata lebih daripada 2,500 orang sudah mengunjungi taman tema itu sejak pembukaan awalnya hujung minggu lepas.

"Bagi tahun pertama operasi, kami menjangkakan setengah juta pelawat mengunjungi taman tema itu," katanya kepada pemberita selepas lawatan media ke taman tema itu Selasa.

TAR katanya bangga dan gembira membuka dua lagi tarikan di Puteri Harbour, Sanrio Hello Kittty Town dan The Little Big Club, yang memberikan lebih banyak sebab untuk orang ramai mengisi masa berkualiti di Nusajaya.

"Kami komited menyediakan tarikan taman tema bertaraf dunia dan meletakkan Nusajaya sebagai destinasi pelancongan dan santai utama di rantau ini," kata Tunku Ahmad Burhanuddin.



-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel