English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

September 17, 2012 12:56 PM

Lebih Banyak Rumah PR1MA Akan Dibina Di Pahang

KUALA LIPIS, 17 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri akan membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana di bawah konsep rumah PR1MA (Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia) Pahang bagi mengatasi masalah perumahan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pengangkutan negeri Datuk Ir Mohd Sofi Tan Sri Razak berkata kerajaan akan menyediakan kawasan tanah projek manakala pihak swasta pula digalakkan membina rumah dengan harga jualan bawah RM100,000.

Sebagai permulaan kerajaan dengan kerjasama swasta telah menyiapkan 100 unit rumah kos rendah dan sederhana di kawasan 20 hektar dekat Gambang, katanya kepada pemberita pada majlis Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Benta di kawasan Rawat dan Rehat Bentong pada Ahad.

Beliau berkata sehingga kini kerajaan negeri menerima lebih 40,000 permohonan untuk rumah kos rendah dan sederhana.

"Sehubungan itu, kerajaan pada mesyuarat exco baru-baru ini meminta pejabat tanah dan daerah mengenal pasti kawasan yang sesuai di daerah masing-masing bagi membolehkan projek perumahan PR1MA Pahang itu dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel