English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

September 09, 2012 17:25 PM

Pengagihan Wang Ihsan Untuk Anak Kelantan Ke IPTA Diteruskan - Awang Adek

BACHOK, 9 Sept (Bernama) -- Pengagihan wang ihsan untuk pelajar Kelantan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) masih diteruskan, cuma berlaku kelewatan dalam pemberiannya disebabkan masalah teknikal.

Timbalan Menteri Kewangan yang juga Pengerusi Pengagihan Wang Ihsan Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pelajar yang ditawarkan pengajian di IPTA boleh membuat permohonan mulai sekarang.

"Mereka boleh membuat permohonan termasuk mengisi borang secara 'online' JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) Kelantan selain mengisi borang biasa melalui Penyelia Pembangunan Mukim di kawasan masing-masing," katanya ketika diminta mengulas rungutan sebilangan ibu bapa bahawa anak mereka yang ditawarkan ke IPTA tidak memperolehi bantuan itu.

Bercakap kepada pemberita di Tangok di sini hari ini, Awang Adek memberi jaminan semua pelajar yang layak akan mendapat bantuan itu dalam tempoh terdekat.

Pemberian bantuan berdasarkan kategori iaitu RM800 bagi pengajian peringkat ijazah, RM500 untuk diploma manakala matrikulasi atau setaraf dengannya sebanyak RM300, katanya.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel