English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

August 29, 2012 14:56 PM

108 Peserta 1Azam Kaum India Di Kedah Dapat Bantuan RM324,000

KULIM, 29 Ogos (Bernama) -- Seramai 108 peniaga dan usahawan kecil daripada kalangan masyarakat India dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu hari ini menerima pelbagai bantuan peralatan berjumlah RM324,000 daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bantuan peralatan termasuk mesin jahit, oven, komputer riba, dapur penyediaan burger dan kerusi meja untuk gerai makanan itu adalah di bawah program Teman 1Azam anjuran kementerian berkenaan.

Kemudahan itu diagih-agihkan kepada 23 daripada 108 peserta di Pusat Khidmat Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas di Taman Cekur Manis, Lunas dekat sini oleh Pengerusi MIC Negeri Kedah yang juga Penyelaras DUN Lunas S. Ananthan.

"Bagi peniaga dan usahawan kecil lain yang tidak dapat hadir, pihak kementerian akan menguruskan penghantaran peralatan mereka terus ke lokasi premis perniagaan ataupun rumah mereka dalam tempoh terdekat," katanya selepas majlis penyampaian itu pada Rabu.

Ananthan berkata penerima bantuan 1Azam, program yang dimulakan sejak 2010, adalah daripada kalangan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. eka hendaklah daripada keluarga berpendapatan rendah dan akan mendapat

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel