English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

April 19, 2012 18:48 PM

Shafie Minta Mara Bina Lot Kedai Di Pulau Bum Bum

SEMPORNA, 19 April (Bernama) -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta Majlis Amanah Rakyat (Mara) agar membina beberapa lot kedai di Pulau Bum Bum dekat sini bagi memudahkan penduduk pulau berkenaan berniaga.

Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna, berkata dengan adanya lot kedai dan pekedai-pekedai runcit, penduduk pulau berkenaan tidak perlu bersusah payah ke tanah besar Semporna untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

"Tapak yang sesuai untuk tujuan itu telah disediakan. Ia menunggu masa sahaja untuk dimajukan," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Mara, di sini Khamis.

Pada majlis berkenaan Shafie juga berkata kawasan pekan baru di Semporna perlu diwujudkan memandangkan kepesatan pembangunan pekan sedia ada.

Mengenai pembangunan usahawan bumiputera, Shafie meminta kontraktor golongan itu yang telah diberi lesen kelas F supaya terus berusaha meningkatkan pengetahuan serta kecekapan masing-masing seterusnya meningkatkan kelas lesen sedia ada.



--BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel