English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

January 28, 2010 14:28 PM

FAMA Ambil Langkah Proaktif Tambah Pengeluaran Madu Tualang

KUALA NERANG, 28 Jan (Bernama) -- Menyedari potensi madu lebah tualang yang mendapat permintaan tinggi termasuk di pasaran luar negara, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah proaktif bagi menjamin pengeluarannya bertambah setiap tahun.

Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan utara Kedah mendapat permintaan tinggi kerana keaslian dan khasiatnya, kata Pengarah Fama Wilayah Utara Mohd Ariffin Awang.

FAMA kini bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya bagi menjalankan kajian lanjut mengenai khasiat dan kegunaan madu tualang, katanya.

Pada tahun lepas, FAMA memperkenalkan madu lebah tualang dan madu gelam di Dubai, Singapura dan Brunei untuk menguji pasaran dan telah mendapat permintaan di luar jangkaan.

"FAMA bagaimanapun terpaksa menolak tempahan yang diterima kerana belum dapat memenuhi permintaan dalam negara yang mencecah 50 tan setahun," katanya kepada pemberita di Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Madu Lebah Tualang di sini, Khamis.

Beliau berkata pada masa ini agensi itu hanya dapat memasarkan 10 hingga 12 tan madu lebah asli dengan jenama Agromas bernilai lebih RM600,000 setahun.

Katanya madu gelam dibeli daripada pencari di Pahang dan Kelantan dan diproses di Kuala Nerang manakala madu tualang banyak diperolehi dari kawasan Padang Terap, Sik dan Gunung Jerai.

"Bagi meningkatkan pengeluaran, FAMA menandatangi kontrak dengan 100 pencari madu lebah di Kedah baru-baru ini, menginsuranskan mereka di bawah Skim Takaful Berkelompok dan membeli semua madu yang mereka perolehi pada harga RM58 satu kilogram.

"Mereka turut dibimbing, diberi kursus dan membuat lawatan bagi mengetahui kelebihan madu lebah," kata Mohd Ariffin.

Katanya semua madu yang dibeli daripada pencari akan diuji bagi memastikan ketulenan serta keasliannya dan melalui proses piawaian mengikut standard Malaysia sebelum dibotolkan.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel