English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

December 17, 2009 20:50 PM

JPJ Terengganu Sita 61 Kenderaan Kesalahan Identiti

KUALA TERENGGANU, 17 Dis (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Terengganu menyita sebanyak 61 buah kenderaan sepanjang tahun ini kerana kesalahan gangguan pengenalan dan panel struktur.

Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie berkata, kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah kes kenderaan potong dan sambung iaitu sebanyak 23 kes.

"Selain itu sebanyak 18 kes berkaitan gangguan cowl panel manakala 15 kes lagi melibatkan pengubahan pada nombor casis," katanya kepada pemberita selepas menutup kursus mengenai tayar kenderaan kepada pegawai-pegawai JPJ Terengganu di sini Khamis.

Abdul Rahman berkata, kesalahan lain termasuk pengubahan pada nombor enjin.

Katanya semua kenderaan berkenaan disita setelah melalui proses pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di sini.

Sementara itu Abdul Rahman mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati memilih tayar untuk kegunaan pada kenderaan mereka.

"Saya ingin mengingatkan pengguna kenderaan mulai 1 Januari depan, penggunaan tayar toreh tidak dibenarkan sama sekali kerana ia membahayakan kenderaan," katanya.

Tayar toreh merupakan tayar terpakai yang mempunyai ketebalan enam milimiter dan dikorek sebanyak tiga milimiter untuk membentuk aliran bunga baru.

"Jadi tayar berkenaan hanya tinggal tiga milimiter dan pada tahap itu ia cukup nipis dan berisiko untuk pecah dalam apa juga situasi apatah lagi jika digunakan dengan kelajuan maksimum," katanya.

Abdul Rahman berkata, keadaan bunga tayar yang kurang memuaskan akan mengurangkan cengkaman semasa di jalan raya dan seterusnya menyebabkan kenderaan mudah hilang kawalan terutama dalam cuaca buruk.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel