English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Pelan Laman | Meja Bantuan | E-mel Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Arkib Berita
Rencana
Galeri Foto
Pautan
Lain-lain Pautan
Yayasan Sabah
Perpustakaan Negeri Sabah

Berita Sabah

November 06, 2009 15:15 PM

Waqf Mampu Jadi Sumber Pembiayaan, Kata Raja Nazrin

LABUAN, 6 Nov (Bernama) -- Waqf, atau lebih dikenali sebagai wakaf Islam, mampu menjadi satu lagi sumber pembiayaan serta mekanisme agihan kekayaan dalam Kewangn Islam, kata Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, pada Jumaat.

Beliau berkata mengikut pandangan ekonomi, wakaf boleh dijadikan mekanisme pelaburan simpanan, dengan dana dialihkan daripada penggunaan dan dilaburkan dalam aset-aset produktif yang menyediakan perolehan untuk penggunaan akan datang.

"Keuntungan boleh digunakan untuk membina hospital, universiti, kompleks komersil selain kemudahan pembiayaan mikro.

"Kegunaan berinovatif seperti itu telah membantu membuka potensi ekonominya selain objektif untuk tujuan kebajikan. Bagaimanapun, wakaf belum diberi perakuan yang sewajarnya," titah Raja Nazrin, yang juga duta kewangan bagi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIIFC).

Baginda bertitah demikian dalam ucaptama pada Siri Kewangan Islam Antarabangsa Labuan VI di sini.

Raja Nazrin berkata kewangan Islam kontemporari sebahagian besarnya terkeluar daripada aspek sosioekonomi, dan wakaf merupakan instrumen yang mengikat kedua-duanya.

Baginda bertitah, prinsip berkekalan dalam struktur wakaf membezakannya daripada asas kebajikan dan yayasan yang diamalkan secara meluas di negara Barat.

Dalam memajukan lagi kewangan Islam, Raja Nazrin berkata perlu ada inovasi produk berterusan

"Ia perlu menonjol, terutama ketika bank konvensional terkuat mengalami kerugian yang menjejaskan reputasinya," katanya.

Baginda bertitah inovasi produk merupakan cabaran pertama, memandangkan negara kini melangkah ke peringkat ketiga dalam pembangunan kewangan Islam, yang memperkukuh penerimaannya, bukan sahaja di kalangan masyaraka Islam malah dunia bukan Islam,

Bagaimanapun baginda mengingatkan supaya kewangan Islam tidak meniru produk konvenional atau struktur konvensuonal kerana ia boleh menjejaskan kestabilannya dalam jangka panjang.

"Memandangkan instrumen kewangan Islam terus menembusi pasaran kewangan dunia, inovasi perlu tidak menghakiskan prinsip-prinsip Syariah," titah baginda.

Titah baginda, cabaran kedua ialah mengharmonikan standard-standard syariah dan amalan kawal aturan, atau ia boleh menyebabkannya tidak konsisten.

Berdasarkan penyepaduan yang semakin meningkat dalam pasaran Islam dan sistem kewangan global, terdapat kemungkinan penularan pengaruh yang memberi cabaran baharu untuk pengawal atur kewangan Islam dan industri untuk memikirkan semula kestabilan selain dasar-daar tadbir urus, titah baginda.

Cabaran ketiga ialah memperkuat asas institusi yang akan mengekalkan sektor kewangan Islam.

"Apabila kewangan Islam semakin bersepadu dalam sistem kewangan antarabangsa, ia tidak akan terlepas daripada kesan halangan pertumbuhan dan pengurangan mudah tunai yang datang semasa kemelesetan.

"Oleh itu, infrastruktur pengurusan mudah tunai yang kukuh juga diperlukan untuk mengurus dengan berkesan risiko kita. Inilah satu lagi bidang yang berpotensi untuk diusahakan bersama di kalangan masyarakat kewangan Islam," titah baginda.

Raja Nazrin juga bertitah Kewangan Islam tidak sahaja mendapat penguasaan kukuh di negara Barat, malah penguasaan yang semakin berkembang dalam kewangan utama antarabangsa.

"Pusat-ousat kewangan seperti London, Hong Kong dan Singapura, sudah menjadikan Kewangan Islam sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka dan mahu menyertainya dengan mewujudkan lebih banyak pusat kewangan seperti Kuala Lumpur, Dubai dan Bahrain," katanya.

Baginda menambah, aset-aset institusi kewangan Islam di seluruh dunia kini bernilai antara AS$700 billon dan AS$1 trilion, dengan pangkalan data Syariah-Fortune menyenaraikan 810 firma, beroperasi di 50 negara.

-- BERNAMA

 

Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA. Disclaimer.