English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Pelan Laman | Meja Bantuan | E-mel Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Arkib Berita
Rencana
Galeri Foto
Pautan
Lain-lain Pautan
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Laman Web Rasmi Negeri Pahang

Berita Timur

October 27, 2009 19:55 PM

Pencapaian Ladang Rakyat Untuk Basmi Kemiskinan Belum Memuaskan

KOTA BAHARU, 27 Okt (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diberitahu kerajaan negeri masih belum berpuas hati dengan pencapaian peserta Program Ladang Rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan sepenuhnya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata setakat ini kerajaan masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian peserta ladang itu walaupun program itu sudah dilaksanakan sejak 2005.

"Bagaimanapun sehingga kini seramai 123 peserta telah berjaya dikeluarkan daripada tahap belenggu kemiskinan hasil inisiatif ke arah penambahbaikan," katanya ketika menjawab soalan anggota pembangkang Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada sidang DUN di Kota Darulnaim, di sini Selasa.

Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah Negeri, berkata selain itu kerajaan juga mengambil 25 peserta Orang Asli untuk menyertai program pembangunan tanah di Lojing dalam usaha membangunkan masyarakat Orang Asli di kawasan Hulu Kelantan.

Menurutnya, program itu dijalankan secara berterusan mengikut keperluan.

Kepada soalan tambahan daripada anggota yang sama mengenai pihak pengurusan program itu menikmati kemudahan dengan menggunakan kereta mewah sedangkan peserta hanya menerima dividen RM200 sebulan, Ahmad berkata:

"Kita tidak boleh melihat kemudahan yang disediakan kepada pegawai terbabit dari sudut kemewahan menggunakan kereta besar dan sebagainya tanpa memikirkan khidmat mereka untuk kepentingan rakyat dan peserta".

Menjawab soalan Drs Saiful Bahrin Mohamad (PAS-Selising), Timbalan Menteri Besar itu berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada rakyat miskin dalam pembinaan rumah menerusi Program Pembangunan Rumah Mampu Milik dan tidak bercadang meluluskan pembinaan di atas tapak tanah milik individu.

"Di bawah program itu, kos pembinaan rumah terbabit antara RM25,000 dan kira-kira 30 unit rumah dirancang setiap jajahan," katanya.

-- BERNAMA

 

Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA. Disclaimer.