English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Pelan Laman | Meja Bantuan | E-mel Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Arkib Berita
Rencana
Galeri Foto
Pautan
Lain-lain Pautan
Majlis Bandaraya Johor Bahru
Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

October 20, 2009 17:12 PM

26 Okt Hari Kelepasan Am Di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 20 Okt (Bernama) -- Sempena pertabalan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, 26 Okt ini ditetapkan sebagai hari kelepasan am untuk Negeri Sembilan.

Menurut laman web rasmi kerajaan Negeri Sembilan, istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 akan berlangsung di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada hari berkenaan.

Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Dis 2008 berikutan kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Dis 2008.

Laman web rasmi kerajaan Negeri Sembilan turut memaparkan hari kelepasan am bagi negeri ini pada 14 Jan 2010 sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

-- BERNAMA

 

Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA. Disclaimer.