English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Pelan Laman | Meja Bantuan | E-mel Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Arkib Berita
Rencana
Galeri Foto
Pautan
Lain-lain Pautan
Yayasan Sabah
Perpustakaan Negeri Sabah

Berita Sabah

October 14, 2009 16:14 PM

TM Sasar 85,000 Pelanggan Streamyx Di Sabah Menjelang Akhir Tahun

KOTA KINABALU, 14 Okt (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) yakin mencapai angka 85,000 untuk pelanggan jalur lebar Streamyxnya di Sabah menjelang akhir tahun, kata pengurus besar negeri, Sukkuriya Masri.

Bercakap kepada pemberita pada majlis perhimpunan sambutan Hari Raya dengan TM Sabah Rabu, beliau berkata, untuk mencapai angka ini, syarikat hanya perlu menarik 5,000 pelanggan memandangkan sekarang ini ia telahpun mempunyai 80,000 pelanggan.

"Kami mengekalkan sasaran tahun lepas kami iaitu 20,000 pelanggan Streamyx baru setiap tahun. Kami telah mencatatkan 15,000 pelanggan baru setakat ini, jadi kami yakin mencapai sasaran berkenaan.

"Kami tidak meningkatkan sasaran kami tahun ini kerana ia berdasarkan kepada permintaan tempatan," kata beliau.

Beliau berkata para pelanggan terdiri daripada pengguna domestik dan sektor perniagaan walalupun pengguna domestik membentuk jumlah yang lebih besar.

Ditanya mengenai penguasaan pasaran semasa dalam perkhidmatan jalur lebar di Sabah, Sukkuriya berkata beliau tidak boleh memberikan angka yang tepat tetapi ia teragih sama rata di kalangan tiga pesaingnya yang lain iaitu Maxis, Digi dan REDtone.

Beliau berkata Sabah telah menunjukkan prestasi baik untuk pengambilan Streamyx TM dan ia adalah antara tiga terkemuka di dalam negara.

-- BERNAMA

 

Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA. Disclaimer.