English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Pelan Laman | Meja Bantuan | E-mel Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Arkib Berita
Rencana
Galeri Foto
Pautan
Lain-lain Pautan
Yayasan Sabah
Perpustakaan Negeri Sabah

Berita Sabah

June 20, 2008 20:56 PM

Tindakan Siasat Oleh BPR Satu Ugutan Supaya Sapp Berkompromi, Kata Yong

KOTA KINABALU, 20 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mempersoalkan kemunculan kes yang mengaitkan beliau dengan rasuah, yang beliau sifatkan sebagai 'perfect timing' sebagai ugutan supaya beliau berkompromi dengan perjuangan parti.

Yong berkata beliau hairan kenapa isu tersebut ditimbulkan secara tiba-tiba sedangkan kes itu sudah wujud bertahun-tahun lalu dan beliau sudahpun memberi kerjasama dengan memberi kenyataan berkenaan kes itu sebelum ini.

"Saya hairan, saya rasa dia punya target nombor satu adalah saya dan kedua, satu amaran kepada yang lain.

"Ini macam 'potong ayam sebagai amaran kepada monyet', jadi saya ayamlah, jadi monyet-monyet lain jangan ikut...Ini untuk cultivate climate of fear (mencetuskan suasana takut)," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (SAPP) di sini, hari ini.

Hari ini, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dalam satu kenyataan, berkata Yong sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam satu kes rasuah, membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukan ketika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah pada 1996.

BPR dikatakan sedang menyiasat pembabitan Yong ekoran satu pendedahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, di mana Mahkamah Tinggi diberitahu bekas ketua menteri itu telah mengarahkan pembayaran lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri Sabah, kepada ejen pilihannya pada tahun itu.

"Dalam siasatan ini, BPR dalam empat atau lima tahun lalu, telah ambil kenyataan saya. Saya tidak tahu berapa jam saya di pejabat BPR, jangan nyatakan pada saya, tiba-tiba timbul lagi ini hari.

"Kalau saya bersalah, dari dulu ini kes dalam surat khabar 12 tahun lalu, kenapa sekarang baru timbul, kes di mahkamah sudah bertahun, don't tell me the director general baru dapat tahu. Sudah lama bicara di mahkamah, sekarang baru dapat tahu, tiba-tiba timing perfect sebagai amaran," kata beliau.

Yong menambah: " Bagi saya, saya sedia terima apa jua akibat demi perjuangan kita untuk rakyat dan negeri Sabah. Kalau ada salah, kalau ditangkap, kalau di (dibawa ke) mahkamah, di penjara apa boleh buat.

"Tapi jangan gunakan sebagai 'bargaining chip', satu ugutan supaya perjuangan politik kita terjejas," katanya.

-- BERNAMA

 

Copyright © 2010 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA. Disclaimer.