English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Pelan Laman | Meja Bantuan | E-mel Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Arkib Berita
Rencana
Galeri Foto
Pautan
Lain-lain Pautan
Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang
Majlis Bandaraya Ipoh

Berita Utara

April 19, 2008 13:42 PM

Lepasan IKM Dinasihat Tidak Guna Kemahiran Untuk Perkara Negatif

PADANG BESAR, 19 April (Bernama) -- Lepasan Institut Kemahiran MARA (IKM) dinasihati supaya tidak menggunakan kemahiran untuk melakukan perkara yang negatif seperti mengubahsuai kenderaan untuk tujuan lumba haram.

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Hasan Nudin Yeop berkata, kemahiran yang dibekalkan kepada mereka perlu dimanfaatkan untuk berjaya dalam hidup.

Sudah ramai tenaga mahir IKM yang bergelar usahawan malah ada yang menjadi jutawan kerana mereka memanfaatkan ilmu yang dimiliki, katanya ketika berucap pada majlis konvokesyen ke-11 IKM Beseri di sini hari ini.

Hasan Nudin berkata, MARA menyediakan pelbagai kemudahan untuk melatih golongan remaja dalam pelbagai bidang kemahiran dan peluang itu perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan taraf hidup.

IKM Beseri yang terletak di pinggir empangan Timah Tasoh diwujudkan pada 1993 dengan 77 pelatih kini berkembang dengan jumlah pelatih terkini sekitar 500 orang.

Pada majlis itu Hasan Nudin menyampaikan sijil kepada kira-kira 500 pelatih yang menamatkan pengajian bagi sesi Januari-Jun 2007 dan sesi Julai-Disember 2007.

-- BERNAMA

 

Copyright © 2010 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA. Disclaimer.