English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

January 03, 2018 19:24 PM

Seremban Diisytihar Bandar Raya Menjelang Hujung 2018

SEREMBAN, 3 Jan (Bernama) -- Seremban akan diisytiharkan menjadi sebuah bandar raya menjelang hujung tahun ini selepas proses penggabungan dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), selesai dilaksanakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata buat masa ini tiada suatu tarikh ditetapkan untuk pengisytiharan itu malah bangunan baharu yang akan dijadikan pejabat kepada kedua-dua PBT itu kini masih dalam proses ubah suai.

"Selepas ia siap, MPN dan MPS akan digabungkan untuk dijadikan bandar raya dan selepas itu nanti pengurusan untuk mengisytiharkan entiti baharu ini sebagai bandar raya akan dilakukan bila sudah mendapat satu tarikh yang sesuai.

"Tapi penggabungan ini perlu dilakukan terlebih dahulu dan penggabungan ini saya jangka akan dibuat selepas bangunan baharu dibeli siap diubah suai. Saya beritahu mereka tahun 2018 (untuk digabungkan)...awal tahun memang tak mungkin untuk diisytiharkan sebagai bandar raya tapi saya rasa penghujung tahun 2018," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Seremban sebelum ini sudah pun mendapat kelulusan untuk mencapai status bandar raya sejak tahun 2012 lagi, tetapi kerajaan negeri mahu memastikan segala kemudahan asas di bandar ini dapat dipenuhi.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel