English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

January 03, 2018 18:59 PM

Pengeluar Tembikai Susu Sasar Sembilan Tan Metrik Sebulan

KULIM, 3 Jan (Bernama) -- Pengeluar tunggal buah tembikai susu variasi Apollo Gold Melon di wilayah utara, Ladang Rimbunan Kasih Bandar Baharu di sini menyasarkan pengeluaran buah tersebut sebanyak sembilan tan metrik tahun ini.

Pengurus Ladangnya, Ahmad Rusdan Ahmad Zohdi berkata, jumlah itu berdasarkan perancangan penggunaan kesemua 24 rumah hijau miliknya.

"Dulu, kita hanya guna sebahagian rumah hijau dan kemahiran pekerja di sini masih di peringkat awal.

"Kini mereka sudah mahir dan dengan beberapa aspek di ladang ini yang telah dipertingkatkan, kita yakin pengeluaran dapat digandakan tanpa menjejaskan kualiti buah," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Menurut beliau, untuk mencapai sasaran tersebut, pengeluaran akan dilakukan seminggu sekali melalui dua rumah hijau di mana setiap satu rumah tersebut mempunyai 2,000 pokok.

"Kita yakin, dengan sistem saliran air dan baja yang baik serta kawalan serangga yang dilakukan, sasaran menggandakan pengeluaran akan dapat dicapai," katanya.

Ahmad Rusdan berkata, tuaian pertama tahun ini adalah pada April dan percaya sasaran itu akan dapat dicapai pada tuaian pertama tersebut.

Tambahnya, sejak ladang itu dibuka pada Jun 2016, pihaknya berjaya menghasilkan satu setengah tan atau bersamaan 1,500 kilogram bagi satu rumah hijau.

"Ia bersamaan 45 kali tuaian sepanjang 18 bulan dan ia masih tidak cukup untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan," katanya.

Harga pasaran bagi buah tersebut adalah sekitar RM10 hingga RM12 sekilogram.

Sementara itu, Eksekutif Ladang, Ahmad Suhaimi Mohamad berkata, jumlah peserta yang bertambah juga membantu meningkatkan pengeluaran.

"Kini kita mempunyai 68 peserta di mana mereka dilatih secara intensif untuk menguruskan ladang ini termasuk penanaman, pembenihan dan kawalan serangga.

"Kemajuan yang ditunjukkan sangat positif walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pertanian moden sebegini," katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel