English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

January 03, 2018 18:21 PM

Musim Tengkujuh: Jualan Q'Fish Di Terengganu Meningkat 50 Peratus

KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama) -- Sebanyak lapan tan stok ikan Q'Fish telah terjual di Terengganu sejak musim tengkujuh melanda negeri itu bermula November lalu.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Mohamad Zawahid Shamsuddin berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan 50 peratus berbanding jualan sebanyak dua tan setiap bulan di luar musim tengkujuh.

"Persatuan Nelayan Kawasan Besut sebagai pembekal Q'Fish di Terengganu mempunyai stok bulanan sebanyak 20 tan untuk menampung keperluan pengguna di negeri ini.

"Di Terengganu, jualan harian ikan Q'Fish boleh didapati di dua tempat di Besut iaitu di Pasar Nelayan Seberang Kastam dan Pasar Tani Nyiur 7," katanya kepada Bernama hari ini.

Ikan Q'Fish menjadi pilihan pengguna kerana disejuk beku ketika masih segar dan harganya sangat murah berbanding harga di pasaran ketika musim tengkujuh ketika ini.

Antara stok ikan Q'Fish ialah ikan selayang dijual pada harga RM7 untuk sekilogram, cencaru (RM6) dan ikan aya (RM8).

Mengulas lanjut, beliau berkata LKIM Terengganu sedang membuat perancangan untuk memasarkan ikan Q'Fish di seluruh negeri melalui rangkaian Persatuan Nelayan Negeri dan Persatuan Nelayan Kawasan.

Q'Fish dilancarkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (MAHA 2016) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor.

Ia bertujuan membantu menstabilkan harga ikan dan memudahkan rakyat mendapatkan stok ikan segar yang disejuk beku dengan harga lebih murah termasuk semasa musim tengkujuh.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel