English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

January 03, 2018 12:19 PM

Enam Sekolah Di Kelantan Ditutup Sementara Akibat Banjir

KOTA BHARU, 3 Jan (Bernama) -- Enam sekolah dengan lebih 1,000 pelajar di dua jajahan di Kelantan ditutup buat sementara hari ini berikutan banjir yang masih belum surut di kawasan terbabit.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Muhammad Zahari Othman berkata ini termasuk tiga sekolah di jajahan Kuala Krai iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, SK Ladang Taku dan SK Pasir Kelang membabitkan 347 pelajar.

Tiga sekolah lagi di jajahan Tanah Merah turut terlibat iaitu SK Ladang Kerilla, SK Sokor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ladang Kerilla dengan 668 pelajar, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Muhammad Zahari berkata langkah tersebut dilakukan berikutan beberapa faktor termasuk jalan perhubungan ke sekolah terputus, sekolah dinaiki air, keadaan berbahaya kepada keselamatan pelajar dan guru selain bot tidak dapat beroperasi berikutan peningkatan paras air sungai.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel