English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

January 03, 2018 09:58 AM

Lebih 400 Mangsa Banjir Di Mersing, Kota Tinggi


Banjir yang melanda sebuah kampung di Mersing

JOHOR BAHRU, 3 Jan (Bernama) -- Lebih 400 mangsa daripada 113 keluarga di Mersing dan Kota Tinggi ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata bagi daerah Mersing, kawasan terjejas masih melibatkan Taman Nakhoda, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Kelantan, Kampung Air Tawar, Kampung Pengkalan, Kampung Air Merah dan Kampung Jemari.

"Di Kota Tinggi pula, kawasan terjejas masih melibatkan Kampung Bukit Raja dan Kampung Sungai Buntu.

"Tujuh PPS dibuka di Mersing yang menempatkan 393 orang melibatkan 105 keluarga iaitu Balai Raya Taman Nakhoda, Sekolah Kebangsaan Air Papan, Sekolah Kebangsaan Tenglu, Balai Raya Serbaguna Kampung Benaung, Pertubuhan Peladang Kawasan Endau, Sekolah Agama Pengkalan Batu dan Balai Raya Kampung Air Merah," katanya dalam satu kenyataan.

Ayub berkata dua PPS yang dibuka di Kota Tinggi iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia dan Surau Sungai Buntu pula menempatkan 33 orang melibatkan lapan keluarga.

Buat masa ini, pemantauan banjir berterusan pelbagai agensi sedang dilakukan di kedua-dua daerah termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Menurut Jabatan Meteorologi, setakat 5.35 pagi tadi, amaran buruk dikeluarkan bagi daerah Mersing yang menjangkakan hujan lebat berserta angin kencang manakala amaran waspada dikeluarkan bagi daerah Kota Tinggi, Segamat dan Kluang untuk hari ini.









-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel