English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

January 02, 2018 18:38 PM

379 Orang Kekal Berada Di Pusat Pemindahan Banjir Di Mersing, Kota Tinggi


Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan SK Air Papan Mersing

JOHOR BAHRU, 2 Jan (Bernama) -- Sejumlah 379 mangsa melibatkan 95 keluarga di Mersing dan Kota Tinggi kekal berada di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir, petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 4 petang ini, kawasan terjejas di Mersing masih melibatkan Taman Nakhoda, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Kelantan, Kampung Air Tawar, Kampung Pengkalan, Kampung Air Merah dan Kampung Jemari.

Beliau berkata di Kota Tinggi, kawasan terjejas masih melibatkan Kampung Bukit Raja dan Kampung Sungai Buntu.

"Tujuh PPS dibuka di Mersing yang menempatkan 345 orang melibatkan 86 keluarga iaitu Balai Raya

Taman Nakhoda, Sekolah Kebangsaan Air Papan, Sekolah Kebangsaan Tenglu, Balai Raya Serbaguna Kampung Benaung, Pertubuhan Peladang Kawasan Endau, Balai Raya Pengkalan Batu dan Balai Raya Kampung Air Merah," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ayub berkata dua PPS dibuka di Kota Tinggi iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia dan Surau Sungai Buntu yang menempatkan 34 orang melibatkan sembilan keluarga.

Beliau berkata dilaporkan Mersing masih lagi mengalami hujan.

Sehubungan itu, pemantauan banjir berterusan pelbagai agensi yang terlibat sedang dilakukan di kedua-dua daerah termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

"Setakat 4 petang tadi, stesen meteorologi utama di negeri ini merekodkan jumlah hujan di Mersing adalah sebanyak 38 mm, Kluang (2.4 mm) manakala Senai (7.8 mm)," katanya.

--BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel