English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

January 02, 2018 18:07 PM

Pembangunan Pelan Bersepadu Infrastruktur IIBD Dijangka Bermula Pertengahan Tahun

JOHOR BAHRU, 2 Jan (Bernama -- Projek pembinaan persimpangan bertingkat, jejantas pejalan kaki dan kerja membaiki pulih jalan sekitar pusat bandaraya di bawah Pelan Bersepadu Infrastruktur dalam Pelan Induk Ibrahim International Business District (IIBD) di jangka bermula pertengahan tahun ini.

Datuk Bandar Johor Bahru Amran Abdul Rahman berkata kerja pembinaan berkenaan akan dimulakan setelah tender-tender dibuka dan diperolehi.

"Setelah tender dibuka awal tahun ini, kita menjangkakan kerja pembinaan akan bermula pertengahan tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Amran berkata projek pembinaan yang memperoleh peruntukan berjumlah RM250 juta dari kerajaan pusat menerusi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) itu akan memakan masa selama dua tahun untuk disiapkan.

"Untuk projek ini, kerja membaik pulih dan menaik taraf jalan sekitar melibatkan Jalan Gereja, Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Salim, Jalan Trus serta Jalan Sulaiman, katanya.

Dalam perkembangan lain, Amran berkata Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan memulakan penambahan tempat letak kereta bagi mengatasi masalah parkir di bandar raya ini.

Menurutnya sebanyak 330 petak letak kenderaan akan disediakan di tempat letak kenderaan di Bangunan Foh Chong, di sini, menerusi peruntukan MBJB.

Beliau turut memaklumkan kerja pengindahan landskap Sungai Segget di pusat bandar raya ini oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) juga akan dimulakan awal tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM40 juta dari kerajaan pusat.

"Bentuk landskap itu sudah diputuskan dan kerja pengindahan akan bermula awal tahun ini," katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel