English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

January 02, 2018 17:23 PM

Pemandu Kedua Bas Ekspres, Pemandu Kereta Cedera Dalam Kemalangan


JOHOR BAHRU, 2 Jan (Bernama) -- Pemandu kedua sebuah bas ekspres dan seorang pemandu kereta cedera ringan dalam kemalangan di KM26.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Kulai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari ketika bas membawa 26 penumpang berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur ke Terminal JB Sentral, Larkin, di sini.

"Dipercayai bas ekspres tersebut mengelak dari melanggar sebuah lori yang tiba-tiba memasuki laluannya lalu hilang kawalan.

"Ia menyebabkan bas itu melanggar besi tengah pembahagi jalan seterusnya masuk ke laluan bertentangan dan terlanggar dua kereta lalu terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter arah utara," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata pemandu kedua terbabit, Zamnudin Mamat, 46, cedera di tangan kiri manakala salah seorang pemandu kereta, Yean Bao Long, 35, luka di badan.

Beliau berkata pemandu pertama bas, kesemua penumpang bas serta seorang lagi pemandu kereta selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya kemalangan berlaku ketika hujan dan kemalangan tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel