English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

January 02, 2018 16:36 PM

Perlu Pastikan Notis Umum Tepat, Betul - Exco Perak

IPOH, 2 Jan (Bernama) -- Pihak kerajaan dan swasta perlu memastikan notis umum dibuat secara betul dan tepat dalam apa juga bahasa demi menjaga imej perkhidmatan masing-masing, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radz.

Beliau menegaskan demikian dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini bagi mengulas notis dalam bahasa Inggeris yang ditampal di pintu masuk Pusat Penerangan Pelancongan Perak di sini minggu lepas menggunakan tatabahasa kurang tepat.

Notis itu memberitahu orang ramai bahawa premis tersebut ditutup pada 30 dan 31 Dis berikutan masalah talian Internet dan penyaman udara.

"Datuk Bandar (Datuk Zamri Man) telahpun mengambil tindakan untuk memastikan perkara ini tidak berulang," kata Nolee Ashilin.

Semalam Bernama melaporkan, Zamri sebagai berkata kesalahan penulisan notis bahasa Inggeris di pusat itu berpunca daripada kecuaian seorang kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di pusat tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk tindakan sewajarnya.

-- BERNAMA



 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel