English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

January 02, 2018 15:51 PM

Pembukaan SMK Kampung Bahagia, Teluk Intan Legakan Ibu Bapa

TELUK INTAN, 2 Jan (Bernama) -- Pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bahagia di sini yang memulakan operasi hari ini memberi kelegaan kepada ibu bapa yang sebelum ini terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah yang jauh dari kediaman mereka.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak Datuk Mat Lazim Idris berkata sekolah itu yang siap pembinaannya pada Jun tahun lepas bernilai RM30 juta dan berkeluasan 6.7 hektar.

Katanya sekolah berkenaan mempunyai 16 guru termasuk pengetua sekolah dan mempunyai 24 bilik darjah selain 15 bilik khas serta makmal di samping kemudahan asas lain seperti padang untuk aktiviti riadah dan sukan serta surau.

"Pengambilan pelajar bagi Tingkatan Tiga hingga Lima akan dilaksanakan secara berperingkat- peringkat tidak lama lagi.

Pembukaan sekolah baharu ini memberi kelegaan kepada ibu bapa dan pelajar yang sebelum ini terpaksa bersekolah jauh dari kediaman mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di sekolah berkenaan di sini, hari ini.

Sejumlah 163 pelajar Tingkatan Satu dan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Bahagia memulakan sesi persekolahan mereka di sekolah baharu yang memulakan operasi hari ini.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata pembinaan sekolah baharu itu menjimatkan kos perbelanjaan ibu bapa yang sebelum ini terpaksa berulang alik menghantar anak ke sekolah berikutan tiada sekolah yang berhampiran dengan kediaman mereka.

"Kita rasa amat bersyukur dengan pembinaan sekolah baharu di sini kerana ia telah lama diperjuangkan sejak 40 hingga 50 tahun. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya laluan menghala ke bandar Teluk Intan," katanya.

Kedudukan SMK Kampung Bahagia ialah kira-kira lima km dari Sungai Manik dan difahamkan sebelum ini penduduk di situ terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah menengah di Pekan Teluk Intan yang jaraknya antara 10 hingga 15km dari Sungai Manik.

-- BERNAMA





 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel