English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

January 02, 2018 14:24 PM

Lelaki Maut Sesak Nafas Kebakaran Di Klang

SHAH ALAM, 2 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki maut setelah tempat sembahyang di rumah teres dua tingkat yang didiami terbakar dalam satu kejadian di Jalan Dato Yusuf Shahbudin, Taman Sentosa, Klang hari ini.

Mangsa, Sang Lai Wah, 58, dipercayai lemas di tempat kejadian akibat terhidu asap kebakaran itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Andalas, Penolong Kanan Penguasa Bomba A. Romzi Abu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 7.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

"Siasatan mendapati mangsa yang tinggal bersendirian ketika kejadian, lemas dipercayai terhidu asap kebakaran yang bermula di tempat sembahyang rumahnya itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mangsa ditemui terbaring dengan keadaan berselimut atas katil berdekatan dengan tempat ibadat itu yang jaraknya kira-kira lima meter dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Azmi Osman, berkata tiada sebarang kecederaan dan kesan kebakaran ditemui pada tubuh mangsa dan lelaki itu dipercayai mengalami sesak nafas.

Bagaimanapun, katanya, pengesahan punca kematian akan dibuat oleh polis setelah selesai proses bedah siasat.

-- BERNAMA











 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel