English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

January 02, 2018 10:26 AM

91,656 Murid Tahun Satu Mulakan Persekolahan Di Selangor


SHAH ALAM, 2 Jan (Bernama) -- Seramai 91,656 murid memulakan persekolahan Tahun Satu di Selangor pada sesi persekolahan tahun ini.

Pengarah Pendidikan Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan 6,020 murid berbanding 85,636 tahun lalu.

"Bagi kemasukan Tingkatan Satu pula, 82,441 pelajar direkodkan tahun ini, meningkat 10,256 pelajar berbanding tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan.

Secara keseluruhan, 924,868 pelajar memulakan sesi persekolahan di seluruh Selangor bagi sesi persekolahan 2018.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel