English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

January 01, 2018 20:41 PM

Sungai Dungun Di Kampung Pasir Raja Melebihi Paras Bahaya

KUALA TERENGGANU, 1 Jan (Bernama) -- Dua sungai masing-masing satu di Dungun dan Kemaman, kini telah melebihi paras bahaya dan mencapai paras amaran.

Portal publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja telah mencapai 37.75 meter, melebihi paras bahaya iaitu 37.50 meter pada 6.45 petang.

Paras air Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih pula kini mencapai 13.29 meter iaitu melebihi paras amaran 13.25 meter.

Sungai Besut di Kampung La pula telah melebihi paras berjaga-jaga 20.00 meter, melebihi 19.80 meter begitu juga ras air sungai Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu yang mencapai 20.13 meter melebihi 20.00 meter.

Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman kini mencapai paras 17.80 meter melebihi paras berjaga-jaga 17.50 meter sementara Sungai Berang di Kampung Menerong mencapai paras 23.55 meter melebihi paras berjaga-jaga 23.50 meter. Sungai Dungun di Kuala Jengai masih di bawah paras berjaga-jaga iaitu 19.25 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca (waspada) iaitu hujan lebat beserta angin kencang dijangka melanda Dungun dan Kemaman di Terengganu, Kuantan (Pahang) dan Kota Tinggi, Johor hingga esok.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel