English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

January 01, 2018 17:42 PM

Operasi Ambang Tahun Baharu Keluar 150 Saman

SEREMBAN, 1 Jan (Bernama) -- Polis Seremban mengeluarkan 150 saman membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya dalam operasi sempena Ambang Tahun Baharu yang diadakan di lapan lokasi sekitar daerah ini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata dalam operasi itu, 14 individu ditahan atas pelbagai kesalahan seperti melanggar syarat orang yang dikenakan sekatan, pemilikan dan penyalahgunaan dadah.

"Selain itu, empat premis pusat hiburan di sekitar Seremban juga telah diambil tindakan saman kerana beroperasi melebihi masa ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Thiew berkata dalam operasi tersebut, seramai 375 individu dan 454 kenderaan diperiksa.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 207 motorsikal, kenderaan (217) dan lori (30) terlibat," katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel