English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

January 01, 2018 16:49 PM

Ulang Tahun Kelahiran Undang Luak Johol Dan Isteri Disambut Meriah


Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Muhammed Abdullah (kiri) dan isteri Tok Puan Faridah Hanom Jaafar (kanan) memotong pulut kuning

KUALA PILAH, 1 Jan (Bernama) -- Majlis sambutan ulang tahun kelahiran Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah dan isteri Tok Puan Faridah Hanom Jaafar hari ini disambut meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Pasangan itu yang masing-masing meraikan ulang tahun kelahiran ke-51 dan 53, diraikan dalam majlis ringkas yang diadakan di Balai Undang Johol dengan dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Datuk Baginda Luak Johol Datuk Sahabudin Ibrahim berkata Muhammed akan menyambut ulang tahun kelahirannya esok manakala Faridah Hanom pada hari ini. "Disebabkan itu, kita memutuskan untuk membuatkan majlis meraikan kelahiran Undang Luak Johol dan Tok Puan dalam satu majlis," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Turut hadir ADUN Johol Datuk Abu Samah Mahat bersama isteri dan ADUN Pilah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar.

Pada majlis itu, hadirin yang tiba di Balai Undang Johol sejak 10 pagi tadi dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti kambing bakar, sate, otak-otak, cendol dan kuih-muih tradisional.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel