English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

December 12, 2017 15:41 PM

Tiga Lagi IPT Minat Sewa Bangunan Di Taman Ilmu, Besut

KUALA TERENGGANU, 12 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu sedang melakukan rundingan dengan tiga lagi pusat pengajian tinggi yang berminat menyewa premis bangunan di Taman Ilmu Tembila di Besut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A Latiff Awang berkata ia melibatkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

"Insya-Allah dalam tempoh setahun dua akan datang, Taman Ilmu di Tembila ini akan digunakan sepenuhnya...jadi tidak timbul lagi isu pembaziran atau ia dibiarkan.

"Malah, UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) juga menyediakan peruntukan RM2.7 juta untuk membina pagar dan dijangka awal Februari depan, kerja-kerja pembinaan ini akan dimulakan untuk memastikan keselamatan pelajar dan harta benda yang ada di Taman Ilmu," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Burok) dalam sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menjawab soalan tambahan Dr Syed Azman mengenai kos baik pulih kerosakan kemudahan yang berlaku di Taman Ilmu pula, A Latiff berkata kerajaan negeri tidak akan mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk kos tersebut.

"Kerajaan negeri tidak perlu keluarkan duit kerana perundingan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ialah kos baik pulih itu ditanggung oleh IPT yang akan menyewa bangunan tersebut.

"Sebelum ini, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menggunakan satu blok bangunan asrama dengan kemasukan 270 pelajarnya pada awal September lalu dengan kos pembaikan RM5 juta.

"Perpustakaan di Taman Ilmu pula akan diuruskan UMT dan proses rundingan harga sedang dilakukan dengan JKR (Jabatan Kerja Raya)," katanya.

Beliau juga berharap isu Taman Ilmu di Tembila tidak lagi digembar-gemburkan kerana matlamatnya menjadi pusat sehenti untuk pusat pengajian ilmu telah tercapai.

-- BERNAMA

 
 

©2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel