English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

November 10, 2017 22:34 PM

Paras Empangan Sultan Azlan Shah Normal - EXCO

IPOH, 10 Nov (Bernama) -- Paras air di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, di sini, ketika ini berada pada paras normal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Katanya bacaan paras empangan itu pada malam ini adalah 245.17 meter iaitu masih agak jauh daripada paras bahaya banjir pada 246.47 meter.

"Kalau diikutkan buat masa ini empangan berada pada paras normal. Paras berjaga-jaga pula adalah 246.03 meter," katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Kata Zainol Fadzi, jika taburan hujan tinggi ia mungkin menyebabkan peningkatan paras air seterusnya banjir di sepanjang Hilir Sungai Kinta.

"Dan sekiranya perkara ini terjadi, mungkin akan ada pemindahan penduduk di kawasan yang ditenggelami  air di sepanjang Sungai Kinta. Sejak empangan ini digunakan paras tertinggi yang pernah dicatat adalah 246.00 meter," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Perak, Juhaimi Jusoh  berkata paras air di Sungai Perak di Kuala Kenderong, Gerik juga normal.

Paras kritikal sungai berkenaan ialah 112.50 meter.

--BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel