English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

November 10, 2017 21:12 PM

Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Terus Berkurang

GEORGE TOWN, 10 Nov (Bernama) -- Sejumlah 1,313 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Pulau Pinang berbanding 1,987 orang pagi tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata sehingga  8 malam tadi, sebanyak enam pusat pemindahan masih dibuka Seberang Perai Utara (SPU) dan dua di Seberang Perai Tengah (SPT).

"Sejumlah 1,075 mangsa daripada 234 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan di SPU manakala di SPT seramai 238 orang membabitkan 70 keluarga," katanya di sini malam ini.

Hujan lebat bermula Sabtu lepas menyebabkan hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan  ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter diikuti angin kencang yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel