English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

November 10, 2017 20:56 PM

Sembilan Nelayan Vietnam Didenda Dan Penjara Ceroboh Perairan Malaysia

KOTA KINABALU,10 Nov (Bernama) -- Sembilan nelayan warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah memasuki dan melakukan aktiviti perikanan di kawasan perairan Malaysia secara haram pada Ogos lalu.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad yang memerintahkan hukuman itu berjalan dari tarikh tangkap  turut mengenakan denda  RM20,000 ke atas tekong Phang Hong Dai, 40  serta RM5,000 masing-masing kepada lapan awak-awak terbabit. 

Lapan awak-awak berkenaan  ialah Van Thia,38; Phan Thanhliu, 30; Hyliyn Bien Hoang, 43;Tran Kim Tiew, 33; Le Thanh, 38; Vo Ngoc Ly, 60;  Phan Nhat Nam, 25; dan Phan Van Co,19.

Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 26 Ogos lalu di kawasan perairan Malaysia pada kedudukan 36 batu nautika barat daya Pulau Kalutan, Kudat mengikut  Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurun Nazifah Muhammad Iyen Atim yang mewakili Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

-- BERNAMA    

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel