English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

November 10, 2017 19:04 PM

Mayat Lelaki Ditemui Di Perangkap Sampah Di Shah Alam


Anggota bomba mengangkat mayat yang ditemui di perangkap sampah - gambar Bomba Selangor

SHAH ALAM, 10 Nov (Bernama) -- Mayat seorang lelaki ditemui di perangkap sampah di sebuah kunci air di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata mayat yang tidak diketahui identiti itu ditemui oleh orang awam pada 11.08 pagi.

"Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an tersebut memakai baju, berstokin tetapi tidak berseluar. Berdasarkan keadaan fizikal mayat, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada tiga hari," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata lapan anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sejurus bomba menerima maklumat penemuan mayat itu.

"Mayat dibawa ke tebing menggunakan bot sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel