English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

November 10, 2017 18:43 PM

Kenal Pasti Pokok Berisiko Tumbang - Pengarah JKNT

KUALA TERENGGANU, 10 Nov (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengarahkan semua pegawai premis kesihatan di seluruh negeri mengenal pasti pokok-pokok besar perlu ditebang bagi mengelak kejadian pokok tumbang berikutan angin kuat dan ribut yang sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Pengarahnya, Dr Mohammad Omar berkata terbaharu, 18 pokok besar di sekitar Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) ditebang minggu lalu.

"Kerja penebangan dan mencantas dahan pokok yang berbahaya ini dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah masing-masing.

"Langkah ini penting bagi menjaga keselamatan semua petugas, pesakit dan pelawat di premis kesihatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada masa ini, terdapat enam hospital, enam pejabat kesihatan, 46 klinik kesihatan dan lebih 100 klinik desa di seluruh Terengganu.

Mengulas lanjut, Dr Mohammad berkata arahan itu dikeluarkan pada bulan lalu selepas kejadian pokok tumbang di Batu Rakit, Kuala Nerus yang mengorbankan dua nyawa.

Terbaharu, dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, ribut yang melanda sekitar kawasan pantai Batu Buruk berhampiran HSNZ menyebabkan empat kereta dihempap dahan pokok rhu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua yang berada dalam kereta tersebut sempat melarikan diri sebaik sahaja mendengar bunyi dahan patah.

-- BERNAMA 

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel