English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

November 10, 2017 16:44 PM

Banjir: Penduduk Kawasan Rendah Di Gua Musang Dinasihat Bersiap Awal

GUA MUSANG,10 Nov (Bernama) -- Lebih 10,000 penduduk di 30 kampung yang mudah dilanda banjir di kawasan jajahan Gua Musang dinasihat membuat persiapan awal menghadapi kemungkinan berlaku banjir pada musim tengkujuh sekarang ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusof berkata langkah itu bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kejadian banjir sebagaimana yang pernah berlaku ketika ?bah kuning' Disember 2014 sehingga keadaan menjadi kelam-kabut.

"Agensi penyelamat termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tidak mungkin mampu bertindak segera menyelamatkan  mereka yang terperangkap jika keadaan banjir bertambah buruk dan arus pula deras,"  katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Latihan mingguan anggota APM bagi persiapan menghadapi banjir di sini, hari ini.

Ab Aziz berkata penduduk di kawasan terbabit perlu mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah dan tidak menunggu sehingga saat akhir.

Beliau berkata kebanyakan penduduk di kawasan pedalaman jajahan ini berpindah sementara ke kawasan berbukit berhampiran kerana rumah mereka jauh dari pusat pemindahan yang disediakan kerajaan.

Katanya pihak pengurusan bencana juga sudah mengambil langkah awal dengan menghantar barangan keperluan termasuk makanan ke kawasan tersebut.

Dalam bencana  'Bah Kuning' yang menyebabkan kerosakan dan kemusnahan berskala besar pada Disember 2014 itu  sebahagian besar Kelantan dari jajahan Gua Musang hingga ke Kota Bharu ditenggelami air, selain ratusan rumah dihanyutkan arus deras manakala ribuan penduduk terpaksa menyelamatkan diri ke kawasan tinggi termasuk bukit.

-- BERNAMA

 

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel