English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

November 10, 2017 15:13 PM

Kesihatan Yang Dipertua Negeri P. Pinang Stabil, Dirawat Di HPP

GEORGE TOWN, 10 Nov (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) susulan pembedahan usus pada bulan lepas, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus.

Beliau berkata keadaan kesihatan Yang Dipertua adalah stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HPP bagi membolehkan pemantauan dan rawatan lanjut.

Katanya Abdul Rahman, 79, dimasukkan ke HPP pada 20 Okt lepas untuk pemeriksaan setelah mengalami sakit perut dan berdasarkan pemeriksaan pakar di HPP beliau perlu menjalani pembedahan usus.

"Pembedahan berkenaan telah berjaya dijalankan pada petang 22 Okt," katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Sidang media itu diadakan susulan tularnya maklumat kurang tepat mengenai keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang berkenaan.

Farizan berkata pada masa ini Abdul Rahman menerima rawatan susulan daripada pakar di HPP.

"Tun (Abdul Rahman) dinasihatkan untuk meneruskan rehabilitasi dan memastikan keadaan Tun benar-benar pulih serta sihat sebelum dibenarkan pulang," katanya.

Farizan juga berkata lawatan terhadap Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang itu dihadkan kepada saudara terdekat serta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan beliau sendiri bagi memberi peluang kepada Abdul Rahman berehat dan pulih dalam jangka masa terdekat.

"Mohon semua masyarakat dan rakyat Pulau Pinang serta seluruh warganegara mendoakan akan kesihatan Tun untuk pulih semula bagi terus menjalankan tugas rasmi selaku Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang," katanya.

Abdul Rahman dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 2001 dan dilantik semula ke jawatan sama pada 2005, 2009, 20011, 2013, 2015 dan 2017.

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel