English Version
Utara Selatan Timur Tengah Sabah &Sarawak
|Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
menu utama
laman utama
senarai berita
arkib berita
pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

November 10, 2017 11:18 AM

13 PATI Ditahan Cuba Keluar Menerusi Laluan Tidak Diwarta

JOHOR BAHRU, 10 Nov (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai cuba menyeludup keluar dari negara ini menerusi laluan tidak diwartakan di Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua 10 lelaki dan tiga wanita itu ditahan berasingan di dalam hutan dan pantai Pulau Hijau, Bandar Penawar, dalam serbuan Op Pensura/Landai, mulai 11.15 malam hingga 12.30 malam.

"Kesemua yang ditahan merupakan rakyat Indonesia berumur antara 21 dan 45 tahun," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Khiu berkata pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen sah, tinggal melebihi masa di negara ini selain cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mereka telah bersembunyi di kawasan hutan dan pantai tersebut selama seminggu ekoran cuaca buruk untuk pulang ke negara asal menaiki bot pancung.

Katanya kesemua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

-- BERNAMA

 
 

©2017 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel